Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

MP DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua memberi amaran bahawa pemberian projek-projek loji kuasa oleh kerajaan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mungkin membawa kepada kenaikan tarif elektrik.

Pua mendakwa kerajaan telah memberi tiga projek loji kuasa kepada 1MDB untuk membantunya menangani hutangnya RM42 bilion.

Ini termasuk loji kuasa arang batu 2,000MW bernilai RM11 bilion, yang juga dikenali sebagai Projek 3B di Negeri Sembilan, sebuah loji kuasa solar 50MW di Kedah dan sebuah loji gas-turbin 2,000MW di Melaka.

Pua berkata, ia telah dilaporkan bahawa kerajaan telah memberi dua lagi projek loji kuasa di Sabah kepada 1MDB, iaitu loji kuasa gas turbin 400MW di Lahad Datu atau Sandakan, dan loji kuasa haidro 780MW di Ulu Padas.

Dengan itu, beliau mendakwa, kerajaan akan menaikkan tarif

elektrik di atas nama pengurangan subsidi selepas 1MDB menjual tenaga elektrik yang dijana oleh loji tenaga berkenaan kepada TNB dengan harga yang lebih tinggi.

"Saya boleh memberitahu anda bahawa kadar elektrik akan naik pada masa hadapan. Mereka mungkin berkata 'kami tidak ada wang untuk memberi subsidi kepada anda' (tetapi) sebab sebenar ialah mereka menganugerahkan kadar tarif yang lebih tinggi kepada 1MDB," kata Pua.

Pua menegaskan demikian di sebuah forum mengenai 1MDB bersama dengan MP PKR Pandan, Rafiziz Ramli malam tadi.

Forum itu dianjurkan bersama oleh National Oversights and Whistleblowers Centre dan Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme.

Pihak penganjur turut menjemput bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dan juga Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Hazem Abd Rahman, tetapi ketiga-tiganya tidak hadir.

Pua, yang juga setiausaha publisiti kebangsaan DAP, berkata walaupun 1MDB memenangi Projek 3B melalui tender terbuka, tetapi mendakwa ia bukan pembida dengan harga paling rendah.

Katanya, kerajaan telah memberikan projek loji kuasa di Melaka kepada 1MDB sebelum tarif dimuktamadkan dan Pua mendakwa ia menunjukkan bahawa kerajaan terdesak dalam usaha untuk menyelesaikan masalah hutang 1MDB.

Pua menyifatkan bahawa 1MDB "menggali lubang untuk

menutup lubang lain yang lebih besar" kerana ia sedang mendapatkan wang untuk membayar hutang yang lain.

Beliau berkata, apabila syarikat itu runtuh, maka ia akan menyebabkan kesan domino yang akan mengheret negara ke dalam satu lagi krisis ekonomi yang besar.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa kerajaan mungkin

memajak syarikat itu bagi menyelesaikan hutangnya.

Sementara itu, Rafizi pula berkata 1MBD sahaja tidak akan menyebabkan negara muflis tetapi ia mungkin mencetuskan komitmen kerajaan untuk membayar hutangnya.

Beliau berkata, dengan hutang yang belum dipungut oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melonjak kepada lebih RM100 bilion pada tahun 2020 atau 2022, hutang negara kini lebih RM560 bilion.

Rafizi yang juga naib presiden dan setiausaha agung PKR memberi amaran bahawa sekiranya pemiutang hilang keyakinan terhadap Malaysia, negara ini mungkin menghadapi masalah pada masa akan datang berkaitan dengan peningkatan hutang.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS