Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

MP PKR melihat bahawa kerajaan tidak berminat menjaga kepentingan Sabah dan Sarawak kerana sanggup mengurangkan subsidi  bahan makanan di negeri tersebut.

MP Penampang, Darell Leiking berkata, kerajaan perlu menjelaskan rasional di sebalik pengurangan sehingga 60 peratus subsidi makanan dalam Belanjawan 2015 untuk kedua-dua negeri.

"PKR melihat pengurangan peruntukan sebanyak 60 peratus sebagai petanda jelas dari kerajaan bahawa BN tidak berminat untuk menjaga kepentingan Sabah dan Sarawak," katanya Darell dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Katanya, kementerian perdagangan dalam negeri bertanggungjawab menjelaskan rasional di sebalik tindakan itu.

Pengurangan peruntukan itu berlaku bawah program 1Malaysia 1Harga.

KPDNKK memperuntukkan sebanyak RM85 juta untuk program itu pada tahun 2014 namun peruntukan pada tahun hadapan hanya berjumlah RM33 juta.

Kerajaan berhujah bahawa pengurangan drastik itu adalah kerana penurunan dalam permintaan minyak masak di Sabah dan Sarawak.

"Jawapan ini tidak masuk akal kerana ia bermakna subsidi harga minyak masak sangat tinggi pada tahun 2014 iaitu sebanyak RM60 juta," kata Darell.

Lihat Komen
ADS