Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan 3,005 nama yang menuntut agar Akta Hasutan 1948 dihapuskan segera dan semua pendakwaan serta pemenjaraan akibat akta itu digugurkan serta merta.

Nama-nama itu menuntut agar satu usul untuk menghapuskan akta itu dengan serta-merta dibentangkan di Parlimen, kata MP Shah Alam, Khalid Samad.

Beliau sendiri menyerahkan nama-nama itu kepada Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi.

Beliau juga akan membentangkan usul bagi memansuhkan akta itu pada Isnin depan.

Menurut Khalid, ia selaras dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan akta itu yang dibuat pada 11 Julai 2012 dan 3 Julai 2013.

"Perayu-perayu yang menandatangani rayuan ini akan hadir di dewan pada tarikh 24 November 2014.

"Seramai 3,005 orang telah menandatangani petisyen ini," kata Khalid.

Mereka juga akan berarak dari Padang Merbok ke pintu masuk Parlimen pada hari yang sama untuk menyatakan sokongan bagi memansuhkan akta itu, kata Khalid.

Lihat Komen
ADS