Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pampasan pembantu Khalid salah guna kuasa'
Diterbitkan:  Nov 20, 2014 7:00 PM
Dikemaskini: 11:04 AM

Menteri Besar Azmin Ali berkata jelas wujud salah guna kuasa terhadap pemberian pampasan RM2.6 juta daripada Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) kepada bekas pembantu pendahulunya Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Ya, terlalu jelas wujud salah guna kuasa bukan sahaja dari segi jumlah malah proses pemberian pampasan.

"Penyaluran ganti rugi kepada lapan orang ahli lembaga MBI itu dilakukan serta merta dan ia jelas meragukan," Azmin dipetik sebagai berkata selepas Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di Shah Alam, hari ini.

Sinar Harian juga melaporkan, “penyelewengan” pengurusan terdahulu MBI “sangat ketara” dan bukan sahaja membabitkan nilai pampasan malah proses pembayaran juga.

Sementara itu, harian itu juga melaporkan Azmin sebagai menegaskan, jika siasatan jelas mendapati perkara itu melanggar peraturan dan salah guna kuasa pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

"Kita tidak akan sembunyikan fakta malah tidak akan berkompromi dengan salah guna kuasa.

“Semua perkara harus diselesaikan mengikut proses. Beri saya masa untuk selesaikan semua kemelut," beliau dipetik sebagai berkata.

Lihat Komen
ADS