Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jangan menuding jari, kata Palanivel
Diterbitkan:  Nov 21, 2014 6:23 PM
Dikemaskini: Nov 20, 2014 4:30 PM

Presiden MIC G Palanivel menyangkal dakwaan bahawa beliau telah berbuat apa-apa untuk mengatasi masalah banjir di kawasan Parlimennya di Cameron Highlands.

Beliau berkata demikian dalam reaksinya terhadap laporan bahawa Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar menyatakan kemurkaan terhadap Palanivel yang menurut baginda tidak berbuat apa-apa selepas tragedi yang sama berulang di kawasan itu.

Baginda dilaporkan bertitah: "Apa yang telah beliau

lakukan?Tiada apa... rakyat kita menderita secara mental dan fizikal apabila bencana ini berlaku.

"Rakyat telah mengundi dan memilih beliau pada pilihanraya umum lalu, tetapi inikalh yang diberikannya kepada rakyat?" titah baginda semalam.

Palanivel menjelaskan bahawa perkara itu memerlukan perhatian yang serius, dan bukan dengan menuding jari.

"Banyak perkara yang telah pun berlaku sebelum saya terpilih sebagai ahli Parlimen.

"Tetapi saya yakin kita boleh memulihkan Cameron Highlands dan menghentikan degradasi alam sekitar yang besar yang telah berlaku," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Cameron Highlands dilanda satu lagi kejadian tanah runtuh lain baru-baru ini, yang mengorbankan lima orang, termasuk seorang pelajar berusia 13 tahun.

Sementara itu, Palanivel berkata beliau mempunyai hubungan yang baik dengan baginda sultan.

Menurutnya, beliau akan menjelaskan segala-galanya kepada baginda sultan - yang baik dan yang buruk.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS