Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rakan pertahan 'pembuli jalan raya'
Diterbitkan:  Nov 21, 2014 11:48 AM
Dikemaskini: 3:55 AM

Rakan-rakan kepada Khoo Kok Ann, yang didakwa atas tuduhan ugutan jenayah pada Selasa lalu mempertahankan lelaki itu sebagai seorang yang mesra dan tidak mudah panas baran.

Individu berkenaan berkata, Khoo yang digelar mereka sebagai 'Hurricanemax Joko' itu sebenarnya seorang yang baik dan dermawan.

Mereka menggesa agar sebab sebenar yang menyebabkan Khoo bertindak seperti yang didakwa – memukul tingkap kenderaan yang dipandu seorang wanita, dan membengkokkan pengelap cermin kereta tersebut.

"Beliau seorang lelaki baik yang hilang kawalan pada saat-saat yang bodoh," kata seorang rakannya yang menggunakan nama 'Cops Subang Jaya' dalam Facebook.

"Carilah sebab di sebalik tindakannya...Cuba kaji cerita di sebalik individu berkenaan," katanya lagi

Dalam tulisan di Facebook, rakan-rakan Khoo turut menyenaraikan tindakan lelaki berkenaan yang disanjung oleh mereka dan berpendapat, publisiti negatif itu tidak wajar sama sekali.

Menurut mereka, Khoo malah pernah membantu untuk memulihkan gajah dan meraih dana untuk pembinaan masjid.

"Bayangkan seorang lelaki hilang kawalan sehingga melakukan keganasan jalan raya. Pastinya perbuatan itu salah.

"Tapi, apakah kesalahan pertama yang mencetuskan kesalahan itu? Ada sesiapa berfikir sejenak apa yang sebenarnya berlaku?," tanya seorang pengguna Facebook tanpa nama.

Khoo didakwa di mahkamah selepas gambarnya menyerang seorang pemandu jalan raya, Alisa Thean, tersebar di media sosial.

Thean mendakwa Khoo berbuat demikian selepas beliau membunyikan hon kerana lelaki itu didakwa memandu secara berbahaya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS