Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kumpulan Promahasiswa Universiti Malaya (PRUM) mendakwa pihak pentadbiran kampus sengaja menunda tarikh pendengaran kes melibatkan lapan rakan mereka untuk menghalang aktivis siswa tersebut mengambil bahagian dalam pilihan raya kampus.

Pendengaran kes melibatkan kumpulan lapan orang aktivis tersebut, digelar UM8, ditetapkan pada 9 Disember, lima hari selepas tarikh pilihan raya kampus berkenaan.

“Pendengaran itu pada mulanya ditetapkan berlangsung pada 7 November, kemudian ditunda ke tarikh 18 November.

“Universiti sekali lagi menundanya ke tarikh 9 Disember tanpa apa-apa alasan,” kata Ammar Atan, seorang wakil PRUM.

“PRUM melihat bahawa pentadbiran universiti sengaja melengah-lengahkan pendengaran itu untuk menghalang beberapa orang daripada (aktivis siswa terbabit) daripada mengambil bahagian dalam pilihan raya kampus akan datang,” katanya.

Tiga daripada lapan aktivis terbabit sudahpun menyatakan hasrat untuk bertanding, namun kini tidak lagi layak untuk sebagai calon disebabkan tuduhan yang dihadapi.

Tiga aktivis berkenaan ialah Khairul Anuar, Safwan Samsuddin dan Haw Yu Hong.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS