Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lelaki didenda RM10,500 kerana aibkan polis
Diterbitkan:  Nov 21, 2014 12:48 PM
Dikemaskini: 4:58 AM

Seorang jurujual kereta yang didakwa mengaibkan polis dalam posting di Facebooknya, didenda RM10,500 oleh Mahkamah Majistret di Melaka.
 
Tan Keng Hong mengaku bersalah di hadapan Majistret Norina Maludin terhadap dua tuduhan menyiarkan satu kenyataan di laman Facebooknya yang mengaibkan dua anggota polis itu yang bertugas pada 25 September, lapor The Star hari ini.
 
Tan, 32, telah didakwa mengiabkan polis dengan menyiarkan kemas 
kini status di Facebooknya dengan gambar yang  me nunjukkan dua anggota polis trafik itu semasa mereka bertugas pada jam 11.30 pagi.
 
Dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan, yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
 
Tan juga didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (b) Akta Komunikasi dan Multimedia di mana seseorang boleh didakwa kerana menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar, dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain.
 
Kesalahan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) Akta yang sama dan membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.
 
Terdahulu, peguam Tan, Ng Aik Beng, berkata anak guamnya menyesali tindakannya dengan membuang posting itu di Facebooknya.

Norina kemudian menjatuhkan hukuman RM3,500 ke atas Tan bagi kesalahan pertama atau penjara empat bulan. Dia didenda RM7,000 lagi bagi kesalahan yang atau penjara enam bulan.
 
Tan dibayar kedua-dua denda tersebut.
 
 

Lihat Komen
ADS