Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin: Saya masih ligat, tangkas
Diterbitkan:  Nov 22, 2014 3:35 PM
Dikemaskini: 7:42 AM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menafikan khabar angin bahawa beliau akan meletak jawatan.

Dalam wawancara yang disiarkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini, Muhyiddin berkata beliau masih ligat dan tangkas, dan akan terus kekal dalam Umno

Tegasnya, beliau akan memikul tugasnya selagi diberikan kepercayaan oleh anggota parti dan presiden, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya fikir saya ada lagi keupayaan untuk membantu pimpinan Umno dan kerajaan. Jadi saya akan terus berikan perkhidmatan.

"Tak payahlah nak bicarakan soal bila saya nak berhenti atau apakah benar begitu.

"Saya berfikir juga, kalau sudah dianggap bersedia (hadapi pilihan raya) bolehlah saya berundur tetapi saya tengok keadaan sekarang tidak sebegitu, dilihat masih penting untuk saya berada di sini dan saya kena terus bantum,” katanya.

Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri berkata beliau dan Najib akan mengagihkan sebahagian daripada tugas rasmi mereka kepada menteri lain bagi meluangkan lebih masa untuk parti.

Menurutnya, beliau dan Najib “tenggelam” dalam urusan kerajaan sehingga tidak meluangkan masa yang cukup dalam hal ehwal parti.

"Saya katakan kita sudah capai tahap agak kritikal, kalau perubahan atau pembaharuan tidak dilihat berlaku, bimbangnya kita boleh kalah.

"Isyarat itu sudah jelas di hadapan kita, kalau tidak bertindak dengan tegas terhadap pimpinan di peringkat mana-mana sekalipun untuk membawa perubahan, maka terpaksa kita ambil tindakan sewajarnya," katanya lagi.

Wawancara khas itu dijalankan sempena perhimpunan agung Umno yang akan berlangsung dari 25 sehingga 29 November ini.

Lihat Komen
ADS