Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP: Mahathir tidak politikkan 1MDB?
Diterbitkan:  Nov 22, 2014 3:45 PM
Dikemaskini: 7:51 AM

MP DAP, Teresa Kok mempersoalkan tindakan Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Alhabshee yang menggesanya agar tidak mempolitikkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kok berkata, Syed Ali sepatutnya menganggap bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempolitikkan isu 1MDB kerana turut mengkritik syarikat pelaburan negara itu.

"Adakah beliau (Syed Ali) akan menuduh Mahathir mempolitikkan isu 1MDB untuk memburukkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?," kata Kok dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kok, Mahathir dalam bulan September lalu membangkitkan beberapa persoalan tentang lambakan hutang dan penggunaan dana 1MDB.

"Isu berkaitan 1MDB dan dibangkitkan oleh DAP dan Mahathir adalah isu yang sangat serius yang memerlukan delegasi Umno untuk berani mengangkatnya dalam perbahasan mereka," kata Kok.

Beliau mengulas kenyataan Syed Ali semalam yang mempersoalkan tindakan DAP yang menggesa Umno membincangkan isu 1MDB semasa perhimpunan agungnya.

Lihat Komen
ADS