Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Para pengunjung semakin ramai tiba di @Kini, pejabat baru Malaysiakini di Petaling Jaya untuk melihat dinding bata yang mengabadikan tanda sokongan mereka pada media bebas.

Malaysiakini membuka pejabat baru itu hari ini untuk kunjungan orang ramai sempena sambutan ulangtahunnya ke-15.

Para pengunjung diberikan peluang melawat dengan bangunan tiga tingkat itu dengan bimbingan Team Malaysiakini, manakala para penyumbang dapat menyaksikan sendiri hasil bata yang dikutip melalui kempen kutipan dana.

Seorang penulis, Saras Manickam, yang hadir untuk menyaksikan bangunan tersebut, berpuas hati dengan rekaan bangunan itu.

“Saya suka rekaannya. Ia terbuka dan kreatif, tapi pada masa sama anda tahu ianya serius.

“Saya rasa ia akan menjadi tempat yang mengujakan,” katanya.

Kempen membeli bata itu menarik sokongan daripada 1,040 kumpulan dan individu, termasuk Saras. Setiap satunya menerima bata yang diabadikan nama masing-maisng pada satu dindiing di laman @Kini.

Satu majlis jamuan makan juga akan berlangsung pada jam 7 malam sempena menyambut pejabat baru dan juga ulangtahun portal Malaysiakini , dengan kehadiran lebih 1,000 orang.

Seorang lagi penyokong Malaysiakini, Gary Kang pula berkata hasratnya untuk menyumbang sebanyak RM1,000 timbul secara semula jadi.

“Saya fikir Malaysiakini berpegang kepada sesuatu yang pendirian yang besar di Malaysia... Saya harap ia akan mewakili perkara seperti kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.

“Kita tidak sepatuanya tinggal di bawah tempurung. Sekarang ada dunia global dan kita mempunyai kebebasan berfikir,” kata arkitek tersebut.

Sementara tiu, pakar diabetes Dr Yap Piang Kian berkata beliau menyokong Malaysiakini sebagai tanda sumbangannya “yang tak seberapa untuk negara”.

“Internet, seperti di Malaysiakini adalah pengimbang yang bagus. Tanpa Internet, semua berita jadi berat sebelah – bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara lain,” katanya selepas menyaksikan sendiri bata sumbangannya.

Pelancaran bangunan baru itu disempurnakan dengan pelepasan belon oleh CEO Malaysiakini, Premesh Chandran dan ketua pengarangnya, Steven Gan di @Kini pada jam 7.30 malam.

Para penyokong turut mengambil kesempatan melepaskan belon berwarna jingga dan putih itu ke udara, diikuti dengan persembahan bunga api dan tarian singa.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS