Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Filipina bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk membenam Laos 4-1 pada aksi pembukaan kumpulan A Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam, semalam.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Thomas Dooley itu mendahului carta kedudukan kumpulan A dengan kutipan tiga mata.

Dalam pada itu, pasukan tuan rumah, Vietnam sekadar berkongsi satu mata dengan Indonesia selepas kedua-dua pasukan seri 2-2 pada aksi yang berlangsung malam tadi.

Filipina akan menentang Indonesia manakala Vietnam berdepan Laos pada aksi kedua kumpulan, Selasa ini dan kedua-dua perlawanan akan berlangsung di venue yang sama.

Dua pasukan pilihan untuk mara ke separuh akhir kejohanan bola sepak rantau Asia Tenggara itu adalah Filipina dan Vietnam yang masing-masing berada pada kedudukan ke-129 dan 136 dunia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

- Bernama

Lihat Komen
ADS