Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kalau BR1M tak bagus, saya kaji semula'
Diterbitkan:  Nov 23, 2014 12:45 PM
Dikemaskini: 5:05 AM

Majoriti rakyat Malaysia masih mahukan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menjawab kritikan pendahulu sebelumnya Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai program itu.

Najib menambah, beliau sedia mengkaji semula bantuan itu namun menurut penelitiannya, masih ramai orang mahukan BR1M, ujarnya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia .

Malah, katanya, ada juga yang mahu jumlahnya ditambah.

“Kalau ramai yang kata BR1M tak bagus, saya bersedia nak kaji semula,” katanya dalam wawancara itu.

“Tetapi ke mana saya pergi pun, orang ramai kata mereka mahukan BR1M, malah mereka mahu ditambah lagi jumlahnya.”

Lihat Komen
ADS