Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dyana sindir Puteri Umno cuma penganjur acara
Diterbitkan:  Nov 23, 2014 5:48 PM
Dikemaskini: 9:50 AM

Pemimpin muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud berkata, golongan wanita dalam Pakatan Rakyat sedang meningkat naik berbanding dengan Umno yang menurutnya hanya berperanan sebagai penganjur acara.

Penolong Setiausaha Wanita Umno Rosni Sohar semalam dilapor menggelar Dyana dan golongan wanita Melayu dalam DAP sebagai “pemimpin mi segera”.

“Saya tidak terkejut dengan kenyataan Rosni kerana saya tahu tanggapan bahawa pengupayaan anak muda sebagai konsep asing, ada dalam parti yang tiada had umur ketua Pemuda.

“Bagaimanapun, amat malang bagi orang muda yang dinamik dan berkemampuan seperti Puteri Umno hanya dihadkan untuk program lawatan masyarakat, mengajak orang ramai ke acara parti dan menganjurkan acara kebajikan.

“Walaupun kerja ini penting, saya percaya wanita muda juga harus diberdaya dan diberi peluang memimpin,” kata setiausaha politik kepada anggota parlimen Gelang Patang Lim Kit Siang.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS