Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP bidas pengerusi PKA gugur saman skandal PKFZ
Diterbitkan:  Nov 24, 2014 11:48 AM
Dikemaskini: 11:04 AM

Pengerusi Port of Klang Authority (PKA) yang baru dilantik Tan Sri Kong Cho Ha didesak untuk menjelaskan mengapa beliau mengugur saman pihaknya sebanyak RM720 juta berhubung skandal PKFZ.

MP Serdang dari DAP Ong Kian Ming menyifatkan keputusan untuk mengugurkan satu daripada saman PKA terhadap Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) adalah "mengejutkan".

Berdasarkan laporan The Edge Financial Daily hari ini, lembaga pengarah PKA secara sebulat suara membuat keputusan itu dalam satu mesyuarat khas di Putrajaya Jumaat lalu.

Dalam kenyataannya hari ini, Ong berkata pemimpin MCA dan bekas menteri pengangkutan perlu memberi penjelasan kepada umum memandangkan perkara itu melibatkan wang pembayar cukai.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS