Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dua anggota parlimen DAP hari ini mengemukakan satu usul tergempar untuk membincangkan mengenai dokumentari oleh agensi berita Al Jazeera yang mendedahkan mengenai keadaan pelarian di Malaysia.

Berhujah bahawa kerajaan tidak memberi maklum balas mengenai dokumentari bertajuk 'Malaysia's Unwanted' yang disiar empat hari lalu, MP Segambut, Lim Lip Eng dan  MP Serdang, Ong Kian Ming menggesa Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul itu.

Lim mengemukakan usul itu kepada Pandikar pagi ini bawah peraturan mesyuarat 18(1).

"Mengenai isu dalam dokumentari ini, jika tidak ditangani dengan sewajarnya, akan menjejaskan keupayaan Malaysia untuk mempengerusikan negara Asean," usul itu dibacakan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS