Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ibu bapa kepada G Tinasha, remaja perempuan 14 tahun yang meninggal dunia Jumaat lalu, memfailkan laporan polis kedua terhadap Hospital Assunta di Petaling Jaya selepas gagal mendapat laporan perubatan mendiang.

“Kami failkan laporan sekitar tengah malam tadi di balai polis Petaling Jaya.

“Kami juga akan melantik peguam untuk membantu,” kata bapa saudara Tinasha, I Ramesh ( kiri ) kepada Malaysiakini .

Beliau mendakwa, pengurusan hospital swasta itu memberitahu anggota keluarga Tinisha bahawa laporan perubatan itu tidak boleh dikeluarkan kerana mereka bercakap kepada media.

Ramesh berkata, hospital itu sebelum ini berjanji bahawa laporan perubatan akan siap pada Jumaat.

Berhubung laporan bedah siasat, yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Ramesh berkata, anggota keluarga diberitahu bahawa ia akan siap dalam beberapa hari lagi.

Hospital: Sila ikut saluran

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hospital Assunta Peter TL Leong, anggota keluarga itu perlu menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan laporan perubatan itu.

“Kami sudah beritahu anggota keluarga bahawa kami tidak boleh begitu sahaja beri laporan pada mereka.

“Mereka harus lalui saluran rasmi dan buat tulisan rasmi melalui Akta Perlindungan Data Peribadi,” katanya.

Leong memberitahu Malaysiakini , laporan bedah siasat akan dimajukan kepada Kementerian Kesihatan terlebih dahulu.

Leong enggan mengulas apabila ditanya sama ada hospital menjanjikan laporan itu pada Jumaat.

Minggu lepas, ibu bapa Tinasha ( kanan ) menuduh kecuaian hospital menyebabkan kematian anak perempuannya.

Leong menolak dakwaan itu dan menjelaskan bahawa kakitangan perubatan mengikuti prosedur dan ibu bapa mendiang yang tidak setuju kepada penyelesaian terbaik.

[Baca berita asal]


KAMLES KUMAR wartawan pelatih di Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS