Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu, jumlah kaum lelaki yang membuat laporan mengenai keganasan rumah tangga amat kecil, dan ini menyebabkan pihak berkuasa sukar mengambil sebarang tindakan.

    

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata berdasarkan maklum balas, memang ada kaum lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tetapi ia tidak dilaporkan.

"Akta Keganasan Rumah Tangga telah dipinda baru-baru ini berkaitan 'emotional abuse' yang mana ia melibatkan kedua-dia pihak dan kita ambil serius perkara ini walaupun tidak melibatkan banyak kes setakat ini.

"Oleh itu, kita minta kaum lelaki untuk tampil ke hadapan dan melaporkan sebarang kes keganasan rumah tangga," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2015 peringkat kementeriannya.

    

Rohani bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar kaum lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tersebut.

Jelasnya, melalui program dan seminar keganasan rumah tangga yang telah diadakan, ada kaum lelaki yang tidak mahu duduk atau dicampurkan bersama-sama kaum wanita kerana bimbang akan dipersalahkan dalam masalah keganasan rumahtangga.

    

- Bernama

Lihat Komen
ADS