Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Speaker benar bahas isu dokumentari Al Jazeera

Dengan langkah yang mengejutkan, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini membenarkan perbahasan usul tergempar mengenai pendedahan dokumentari oleh agensi berita Al Jazeera mengenai layanan terhadap pelarian di Malaysia.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau membenarkan perbahasan usul oleh Lim Lip Eng (DAP-Segambut) itu kerana memenuhi syarat yang diperlukan - spesifik, segera dan menyentuh kepentingan awam.

Perbahasan itu akan berlangsung sejam bermula jam 4.30 petang hari ini, dan turut akan dijawab oleh Kementerian Dalam Negeri berhubung perkara tersebut.

Lim mengusulkan usul tersebut kerana kerajaan masih belum memberi maklum balas berhubung dakwaan yang ditimbulkan dalam dokumentari bertajuk "Malaysia's unwanted".

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS