Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Ibu bapa Tanisha berhak miliki laporan perubatan'

Mengikut prosedur operasi standard (SOP), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata Hospital Assunta sepatutnya menyerahkan laporan perubatan ibu bapa mendiang remaja G Tinasha.

Presiden MMA Dr H Krishna Kumar sebagai gadis bawah umur dan bawah penjagaan ibu bapanya, laporan perubatan itu sepatutnya diberikan terus kepada ibu bapa mendiang berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Menurutnya lagi, ibu bapa gadis itu tidak perlu mengikut permintaan hospital swasta itu dengan menulis secara rasmi melalui Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).

"(Perkara) ini tidak perlu diikuti oleh ibu bapa. Jika hospital gagal memberikan laporan kepada mereka, mereka boleh mengambil tindaan undang-undang terhadap hospital," katanya kepada Malaysiakini .

Semalam, ibu bapa kepada pelajar berusia 14 tahun itu membuat satu lagi laporan polis terhadap hospital itu selepas gagal memberikan laporan perubatan.

Sebelum ini, ibu bapa Tinasha dilapor menuduh kecuaian hospital menyebabkan kematian anak perempuannya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS