Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ISMA soal Pak Samad: Kamu naif atau buta?
Diterbitkan:  Nov 25, 2014 3:43 PM
Dikemaskini: 10:07 AM

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) melancarkan serangan keras kepada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang didakwa bertindak bagi “pihak tertentu” berhubung isu ancaman terhadap Islam dan Melayu.

Merujuk kenyataan Samad bahawa isu itu ditimbulkan secara bermusim, ISMA berhujah, mereka tidak faham kenapa penulis itu berkata sedemikian.

“Jika kenyataan itu datang daripada ahli politik yang menggunakannya sebagai alasan, ia boleh difahami, kerana mereka sering lakukannya untuk menyembunyikan kebenaran,” kata Ketua Unit Kajian Dasar ISMA Prof Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz.

Beliau mendakwa Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad dan beberapa pemimpin Melayu sudah dimanipulasi oleh pihak tertentu atas nama hak asasi manusia dan hak kewarganegaraan.

Badhrulhisham mempersoal jika tokoh Melayu itu “buta atau naif berhubung fakta itu”.

“Bukti jelas, acara dan petisyen untuk mencabar Islam dan Melayu sudah ada sejak beberapa tahun di negara ini, menunjukkan ada ancaman yang benar,” katanya.

Samad semalam berkata dakwaan bahawa Melayu dan Islam sedang terancam hanya timbul secara bermusim menjelang pilihan raya dan perhimpunan agung Umno.

Perhimpunan agung Umno kali ini akan bermula esok di Kuala Lumpur.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS