Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pembangkang PP selar kadar taksiran naik
Diterbitkan:  Nov 25, 2014 5:51 PM
Dikemaskini: 2:13 PM

BN Pulau Pinang mengkritik keputusan exco negeri meluluskan kenaikan kadar taksiran baru untuk 2015.

Ketua pembangkang negeri Datuk Jahara Hamid berkata, ia dilakukan ekoran “ketidakcekapan” dua majlis perbandaran.

Kadar baru itu semalam diumumkan oleh exco kerajaan tempatan Chow Kon Yeow. Ia akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.

Kadar baru itu menyaksikan kenaikan antara 0.5 hingga satu peratus untuk sebahagian besar kategori (kira-kira 80 peratus dan tidak terpakai terhadap rumah kampung, persatuan atau tanah pertanian.

Jahara berkata, alasan yang digunakan untuk menaikkan kadar melalui dua majlis perbandaran tidak selari dengan laporan dalam risalah rasmi Buletin Mutiara pada 9 Januari.

Dalam laporan itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng dilaporkan berkata kerajaan negeri tidak akan mengendahkan cadangan kerajaan pusat untuk menaikkan kadar taksiran supaya rakyat tidak terbeban, kata Jahara.

Dalam kenyataannya hari ini, Jahara berkata, beliau melihat kadar itu dinaikkan kerana pengurusan sumber yang tidak cekap oleh kerajaan pimpinan DAP itu.

Katanya, dua majlis perbandaran di negeri itu mencatatkan jumlah cukai tidak dikutip ( atas ) yang tinggi pada 2013.

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSJ) mencatatkan angka RM21.8 dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pula dengan RM54.5 juta.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS