Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pak Lah: Jangan bakar semangat perkauman
Diterbitkan:  Nov 25, 2014 6:29 PM
Dikemaskini: 2:17 PM

Bekas presiden Umno Tun Abdullah Ahmad Badawi meluahkan rasa sedihnya terhadap tanggapan bahawa parti Melayu itu mempunyai unsur ekstrimis bangsa dan menyokongnya.

Katanya, mungkin segelintir anggota parti itu yang setuju dan tertarik dengan retorik ekstremis dan agresif tetapi rakyat Malaysia mahukan pimpinan yang benar-benar memahami masalah mereka.

“Untuk menepati kehendak geopolitik semasa, Umno perlu menjadi parti yang lebih proaktif bukan lebih agresif,” kata Abdullah yang juga bekas perdana menteri.

Menulis dalam blognya hari ini, Abdullah berharap suara-suara positif akan terserlah, termasuk “pandai menghuraikan agenda Melayu bukan melaungkannya sahaja”.

“Gunalah pendekatan positif untuk membangunkan umat Melayu Islam dan bakarlah semangat perjuangan dan bukan semangat perkauman supaya agenda Umno dapat diterima semua,” katanya.

Beliau juga percaya, retorik dan falsafah politik Umno perlu diperbaharui dengan segera, seiring dengan perkembangan falsafah politik rakyat Malaysia masa kini.

Sementara itu, bercakap soal pembangunan sosio-ekonomi Melayu, Abdullah menasihatkan bangsa itu supaya tidak syak wasangka atau terbelenggu dengan teori konspirasi antara kaum.

“Dalam mengejar kemajuan untuk orang Melayu kita tidak perlu menuding jari atau menyinggung perasaan orang lain,” katanya.

Lihat Komen
ADS