Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini mengingatkan bukan Melayu agar mengingati "janji asal" mereka yang terkandung dalam kontrak sosial.
 
Dalam ucapan dasarnya di perhimpunan agung Pemuda Umno, Khairy berkata orang Melayu berkorban dengan memberi kerakyatan kepada bukan Melayu sewaktu negara mencapai kemerdekaan.
 
Sebagai balasannya, orang bukan Melayu bersedia menerima kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan kedaulatan Raja-raja Melayu.
 
"Tetapi, kenapa pula masih ada mereka yang tidak menghormati perjanjian yang sama. 
 
"Kalau orang Melayu boleh terima, tak ungkit kerakyatan dan mengiktiraf bahawa kita tak boleh tutup sekolah vernakular, kenapa ada pula yang sekarang ini tidak pegang janji asal mereka. 
 
"Kenapa ada yang minta dihapus kedudukan istimewa orang Melayu, ada yang mempertikaikan kedaulatan Raja-Raja Melayu, ada yang tak faham Bahasa Kebangsaan. 
 
"Kalau orang Melayu tegas dengan prinsip kita mempertahankan perjanjian asal, kita tuntut yang lain juga pegang pada janji asal mereka. 
 
"Tak perlu lagi pertikaikan hak kami. Kita tak minta mereka menggadai apa yang ada, kita cuma minta jaga apa yang telah dipersetujui bersama," ucap Khairy disambut tepukan gemuruh perwakilan yang hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
 

Lihat Komen
ADS