Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata, kerajaan negeri tetap akan memperuntukkan RM200,000 kepada setiap anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di negeri itu walaupun mereka telah menolaknya.

Azmin berkata, kesemua 12 ADUN BN itu sepatutnya bersyukur apabila kerajaan negeri menyediakan peruntukkan untuk mereka.

Malah, beliau menjelaskan, walaupun setiap ADUN BN menerima RM200,000 namun, setiap penyelaras DUN akan mendapat RM500,000, menjadikan jumlahnya RM700,000.

"Sebenarnya sama. Setiap kawasan diberi RM700,000. Cuma di kawasan yang kita kalah kepada BN, mereka (ADUN) akan menguruskan RM200,000 dan penyelaras DUN akan uruskan RM500,000.

“Tetapi jumlah RM700,000 akan tetap pergi kepada rakyat.

"Sekurang-kurangnya, mereka perlu bersyukur kepada kerajaan negeri dan ini merupakan satu langkah yang baik," katanya kepada pemberita.

Selain itu, ketika ditanya sama ada beliau akan kekal memberikan RM200,000 kepada wakil rakyat BN walaupun mereka menolaknya, Azmin berkata:

"Ya, kita akan kekalkan," katanya.

Semalam, wakil rakyat BN Selangor menolak peruntukan RM200,000 setahun yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada setiap ADUN pembangkang di negeri itu.
 
Selain rasa terhina dengan pemberian itu, Ketua Pembangkang Datuk Shamsudin Lias dilaporkan berkata, kesemua 12 wakil rakyat BN menolaknya kerana jumlah yang diberi tidak sama dengan jumlah yang diperolehi ADUN Pakatan Rakyat.

Wang peruntukan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.

 

Selain wakil rakyat BN, ADUN Pakatan turut mendapat peruntukan yang ditambah iaitu sebanyak RM700,000 setahun serta sejumlah RM100,000 setahun kepada penyelaras parlimen yang dilantik oleh kerajaan negeri
Lihat Komen
ADS