Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KJ: Negara perlu perisai dari hasutan
Diterbitkan:  Nov 26, 2014 2:24 PM
Dikemaskini: 6:31 AM

Semangat Akta Hasutan perlu dikekalkan demi melindungi rakyat Malaysia daripada "api dalam sekam terhadap perkara yang sensitif", kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
 
Menurutnya, terma dalam Akta Hasutan perlu dikekalkan tanpa mengira sama ada akta itu dihapuskan atau dikekalkan kelak.
 
"Apa yang kita perlukan sekarang adalah perisai tempat berlindung – bukan hanya untuk orang Melayu – tapi untuk semua rakyat Malaysia. 
 
"Justeru itu, sekiranya Akta Hasutan dipinda atau ditambah baik, yang paling mustahak perlu ada terma yang melarang dan menghukum sebarang kenyataan atau kelakuan menghasut. 
 
"Terma-terma ini kelak bakal jadi pelindung bukan sahaja untuk orang Melayu, tetapi untuk semua kaum lain," katanya dalam ucapan dasar di persidangan agung Pemuda Umno hari ini.
 

Lihat Komen
ADS