Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Besar Selangor Azmin Ali meminta pendahulunya Tan Sri Khalid Ibrahim mengemukakan fakta yang betul sebelum memberi sebarang kenyataan berhubung belanjawan negeri sebelum ini.

Azmin menegaskan bahawa belanjawan sejak enam tahun lalu, bawah pentadbiran Khalid, merupakan belanjawan defisit.

"Dia (Khalid) kata dia membentangkan belanjawan yang seimbang sejak enam tahun lalu.

"Saya nasihatkan Tan Sri Khalid supaya dapatkan fakta yang betul sebelum dia berkata demikian,” katanya.

Azmin berkata, beliau dengan mudah dapat mengemukakan angka untuk menolak kenyataan Khalid.

“Kalau dibandingkan dengan anggaran perbelanjaan dan wang simpanan, ia mempunyai lebihan.

"Tetapi untuk merangka belanjawan, anda perlu bandingkan dengan anggaran perbelanjaan dan hasil,” katanya.

"Jadi, kalau hasil lebih besar daripada perbelanjaan, kita katakan ini sebagai satu belanjawan yang mempunyai lebihan.

“Tetapi jika hasil kurang daripada perbelanjaan belanjawan, maka ia merupakan belanjawan defisit. Semudah itu.”

Semalam, Khalid mempertahankan belanjawan yang dibentangkan semasa beliau menjadi menteri besar.

Khalid berkata, walaupun kerajaan negeri memohon perbekalan tambahan rizab setiap tahun, namun kerajaan Selangor mempunyai lebihan berikutan hasil yang melebihi perbelanjaan. 

 

Katanya, jika disemak semula semua data belanjawan 2009-2014, perbekalan tambahan hanya dipohon setelah kerajaan ketika itu berjaya meningkatkan pendapatan yang dijana melalui pertumbuhan ekonomi mampan dan perbelanjaan berhemah.
Lihat Komen
ADS