Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Pemuda Pahang, Mohd Sahar Abdullah mencadangkan agar syarat memperolehi Sijil Pelajaran  Malaysia (SPM) dinaikkan kepada sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran bahasa 
Melayu.
 
Beliau membuat cadangan itu kepada Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hadir  mendengar perbahasan Pemuda Umno sempena perhimpunan agung Umno petang ini.
 
Muhyiddin merupakan timbalan perdana menteri merangkap menteri pelajaran.
 
"Tan Sri saya ingin cadangkan untuk dapatkan SPM, bukan setakat lulus (bahasa Melayu) tetapi  tingkatkan kepada kepujian dengan gred C.
 
"Ini baru dikatakan rakyat Malaysia," katanya sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan.
 
Dalam ucapan yang sama, Sahar turut menyindir "parti di Pulau Pinang dan Selangor" yang menurutnya tidak fasih bertutur bahasa Melayu.
 
"Siapa yang tidak pandai bercakap bahasa Melayu dengan baik? Kita atau parti di pulau mutiara?
 
"Kita atau parti di Selangor?" kata Sahar.

Lihat Komen
ADS