Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Staf k'jaan Sabah mahu skim pinjaman Islam'
Diterbitkan:  Nov 26, 2014 4:55 PM
Dikemaskini: 9:35 AM

Kakitangan kerajaan negeri di Sabah mengeluh berhubung ketiadaan skim pembiayaan perbankan Islam ditawarkan kepada mereka.

Ia antaranya untuk keperluan pinjaman perumahan kerajaan yang dimohon mereka, kata PAS Sabah.

Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah Hamid Ismail berkata perkara itu ditemui hasil semakan mereka terhadap dua agensi yang diberi tanggungjawab menawarkan skim berkenaan di negeri itu.

“Hari ini sistem kewangan Islam telah mendapat tempat di hampir semua bank-bank dalam negara kita termasuklah bank-bank asing.

“Oleh itu sewajarnyalah kedua agensi kewangan milik kerajaan negeri mengambil usaha dan langkah yang sama sejajar dengan permintaan kepada perbankan Islam yang terus meningkat,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Hamid berkata, perkara itu harus dilihat secara serius memandangkan dasar Pusat dan Bank Negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam bersepadu dan terunggul.

Lihat Komen
ADS