Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perhimpunan Agung Umno 2014 bermula
Diterbitkan:  Nov 27, 2014 8:51 AM
Dikemaskini: 6:11 AM

Perhimpunan Agung Umno 2014, satu acara politik yang saban tahun menjadi tumpuan banyak pihak, bermula dengan tradisi menaikkan bendera Sang Saka Bangsa. 
 
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba pada pukul 9 pagi di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
 
Ketibaan perdana menteri yang berbaju Melayu oren disambut timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin Umno lain.
 
Najib kemudiannya menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan melibatkan 150 anggota daripada ketiga-tiga sayap Umno iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri yang diketuai Syahreman Hussain.
 
Najib diiringi Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin sewaktu memeriksa perbarisan.
 
Cuaca cerah dan kehadiran orang ramai menyemarakkan lagi upacara menaikkan bendera Umno dan diiringi nyanyian lagu Umno 'Bersatu Bersetia Berkhidmat'.
 
Sejumlah 2,752 perwakilan Umno dari seluruh negara menghadiri perhimpunan agung parti yang berlangsung selama tiga hari.
    
Selain itu, 1,452 petugas media daripada 106 agensi media tempatan dan antarabangsa, media baharu termasuk blogger serta portal berita dalam talian berkampung di Laman Media, PWTC, sejak Sabtu lepas membuat liputan perhimpunan parti tonggak Barisan Nasional itu.
 
- Bernama

Lihat Komen
ADS