Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno buka pendaftaran online untuk anak muda
Diterbitkan:  Nov 27, 2014 11:20 AM
Dikemaskini: 6:12 AM

Umno akan membuka akses dan pintunya seluas-luasnya kepada semua pemuda dan pemudi Melayu dan bumiputera, kata Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Berikutan itu, Umno akan membuka pendaftaran keahlian secara 'online' di bawah ibupejabat Umno kepada anak-anak muda seawal umur 18 tahun. 
 
Yang mustahak, katanya, mereka dapat dijadikan ahli Umno dan diberi nombor ahli secepat mungkin.

"Saya sebagai presiden dan timbalan presiden dan disokong pemimpin tertinggi, bahawa dalam perhimpunan ini kita lebih komited untuk membuka akses dan pintu seluas-luasnya kepada pemuda pemudi Melayu Bumiputera," katanya.
 
Sehubungan itu, beliau menggesa semua anggota parti yang terdiri tiga generasi - berumur 50 tahun ke atas, berumur 30 hingga 50 tahun dan 30 ke bawan - supaya bekerjasana bagi memperkasakan parti.
 
"Apa yang penting, demi masa depan parti, maka tiga generasi mesti bekerjasama dan penyertaan generasi ketiga mesti diperkasa," katanya.

Dalam ucapannya juga, perdana menteri turut menggesa pemimpin dan ahli supaya tidak berpeluk tubuh atau duduk diam dengan membiarkan "si kitol" yang bermaharajalela untuk mencemuh perjuangan Umno.

Sebelum itu, ucapan Najib berhenti seketika bagi membolehkan perwakilan dan pemerhati menonton klip video insiden mahasiswa merempuh pintu pagar Universiti Malaya, himpunan bantah GST, dan aktivis Hishamudin Rais berceramah.

"Apa yang penting orang Umno tidak perlu apologetik, segan silu jika ramai pihak mencemuh kita bahawa tidak relevan.

"Tetapi jangan lupa dalam perhimpunan inilah, kementerian strategik untuk orang Melayu telah mengusaha (sesuatu)... UITM dimartabatkan, begitu juga pejawat awam sebanyak 1.5 juta terus dibela, dan di sinilah raja-raja Melayu dipertahakan,"katanya.

Semua kejayaan hasil perjuangan siapa? Sudah barang pasti ia jasa perjuangan parti bertuah ini," katanya.

 

 
Lihat Komen
ADS