Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata kritikan ke atas tindakan menukar nama jalan kepada nama bekas Yang Di-Pertuan Agong tidak harus dilihat sebagai cabaran kepada kedudukan institusi Melayu.
Katanya, persoalan yang dibangkitkan berhubung itu pastinya disertai alasan yang kukuh.
"Mempersoalkan cadangan pindaan sesetengah nama jalan di Kuala Lumpur tidak semestinya satu petanda cabaran ke atas monarki negara.
“Ada beberapa alasan yang praktikal dan sah untuk mempersoalkan cadangan seperti itu walau siapapun di sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan.
Abdul Aziz mengulas ucapan ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mendakwa kritikan ke atas cadangan seperti itu sebagai “bukti” bahawa institusi Melayu dipersoalkan.
Abdul Aziz seterusnya mengingatkan Khairy bahawa tindakan yang dilakukan Umno dan bekas presidennya, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 90-an untuk mengehadkan kuasa raja adalah lebih teruk lagi.
"Ketua Pemuda Umno KJ mungkin tidak menyedari insiden itu,” sindirnya.
[Berita penuh menyusul]