Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Wakil Selangor, Datuk Zein Isma Ismail menuntut agar pucuk pimpinan memberi peluang kepada Umno negeri untuk menentukan calon sendiri dalam pilihan raya akan datang.

Dalam ucapannya di perhimpunan agung Umno hari ini, beliau turut menggesa pemimpin tertinggi parti agar “tidak mengulangi kesilapan” sehingga menyebabkan mereka gagal merampas semula negeri itu pada pilihan raya umum lalu.

Zein berkata pihaknya berjanji akan bekerja keras sebagai satu pasukan untuk merampas semula negeri terkaya di Malaysia itu.

"Faktor kekalahan BN disebabkan kehilangan sokongan bukan Melayu, (masalah) pemilihan calon yang salah dan satu kapal dua nakhoda.

"Kami berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lalu dan berikrar dan bekerja keras sebagai satu pasukan, tapi dengan syarat, selepas kami membanting tulang selama tiga tahun jangan ulangi kesilapan lama.

"Beri kepercayaan kepada kami untuk memilih calon yang layak yang dibuat lebih awal. Kami dah penat, kami dah letih, kami malu.

"Percayalah dan yakin dengan kepimpinan dan semangat kami serta anggota Umno (untuk merampas semula Selangor)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno di PWTC petang ini.

Ucapannya itu menjawab teguran Najib pada awal bulan ini di konvensyen Umno Selangor,

Najib, yang mengetuai Umno Selangor semasa pilihan raya umum lalu, mengakui “letih” dan “malu” setiap kali BN digelar sebagai pembangkang di negeri itu.

Lihat Komen
ADS