Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Naib Ketua Pemuda Umno Johor Khairul Anuar Rahmat berkata, kepimpinan Umno harus lebih tegas dan berani mempertahankan agama, bangsa dan negara dengan kembali kepada fitrah dan fikrah perjuangan Melayu sebelum ini.

katanya, pemimpin Umno tidak boleh takut, lebih-lebih lagi apabila wujud tanggapan perjuangan parti itu kini dilitupi "debu".

"(Perjuangan Umno dilitupi) debu? Bila mana? Bila orang kata Umno parti perkauman. Dan lebih menyedihkan apabila yang menyatakan mungkin rakan daripada parti komponen.

"Mereka mahu menjadi hebat dan jaguh di depan kaum sendiri akhirnya mereka mempersoal sekolah agama kita, mempersoal mahkamah syariah dan mempersoal aurat," katanya.

Khairul juga membayangkan supaya Umno diberi kuasa dalam BN untuk menyingkirkan anggota komponen yang "tidak sesuai".

"Justeru itu, Umno Johor mencadangkan supaya kita memberi satu legitimasi kepada Dewan Tertinggi BN, kita memberi satu kesahan dan pengiktirafan.

"Biarlah mereka menjadi presiden MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya. Tetapi (apabila) mereka mahu menduduki jawatan tertinggi dalam BN, mereka boleh diundi oleh orang Melayu dalam Umno.

"Mengapa? Supaya mereka tidak lagi mempersoal, bersorak soal bangsa kita, akhirnya di kala mereka tidak sesuai dalam BN, kita berkata, cukup, cukup sudah.

"Cukup sampai di sini saja. Dari BN derita lebih baik kau pergi saja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar presiden di PWTC hari ini.

Lihat Komen
ADS