Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penduduk anjur perjalanan 'selamatkan Cameron Highlands'
Diterbitkan:  Nov 28, 2014 10:20 AM
Dikemaskini: 2:35 AM

Sekumpulan pendudukyang sudah cukup serik dengan bencana banjir, tanah runtuh dan masalah alam sekitar yang sering berulang di tempat tinggal mereka, akan menganjurkan perjalanan  solidariti 'selamatkan Cameron Highlands' Ahad ini.

Menurut mereka, bencana ini telah meragut nyawa, mengakibatkan kerugian dan  meninggalkan kesan di hati penduduk.

"Namun demikian, tiada jalan penyelesaian yang berkesan dikemukakan untuk membendung masalah ini dengan serta merta.

"Malahan, pendatang asing kini dijadikan punca penerokaan haram dan isu sebenar telah dialihkan," kata kumpulan Rakyat Prihatin Cameron Highlands (RPC).

Awal bulan ini, kejadian tanah runtuh di situ - yang ketiga berlaku tahun ini- telah meragut lima nyawa, termasuk seorang pelajar berusia 13 tahun.

Tanah runtuh yang dikatakan berlaku berpunca daripada kerja pembersihan tanah secara haram yang dipersalahkan ke atas pendatang tanpa izin.

Menurut RPC, tujuan mengadakan perjalanan solidariti Bertam dan Tanah Rata itu ialah:

- Untuk mewujudkan kesedaran di kalangan penduduk Cameron Highlands mengenai keseriusan masalah itu;

- Untuk Mengenang kematian dan kemusnahan harta benda sempena tragedi banjir dan tanah runtuh di Cameron;

- Untukk menyeru pihak berkuasa serta agensi kerajaan yang bertanggungjawab supaya mengemukakan jalan penyelesaian yang berkesan dan melibatkan rakyat dalam proses membuat keputusan berkenaan isu ini; dan

- Menyerahkan memorandum rakyat kepada pihak dan agensi yang bertanggungjawab supaya menganjurkan satu sesi forum rakyat untuk bersama berganding bahu membendung masalah ketara ini.

Menurut RPC, satu forum juga akan diadakan pada hari yang sama dengan Ahli Parlimen Cameron Highlands, G Palanivel dan ADUN Tanah Rata, Leong Ngah Ngah.

Lihat Komen
ADS