Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tarik undi Cina seperti cucur air di padang pasir'

Perwakilan Perak Datuk Mohd Radzi Manan menegur kepimpinan serta individu berpengaruh dalam Umno yang didakwanya mengutamakan “kapitan Cina” selepas pilihan raya umum lalu.

Katanya, usaha itu tidak akan membuahkan hasil kerana sokongan golongan Cina tidak akan bertambah, katanya lagi.

Oleh itu, pemimpin Umno perlu bertindak mengikut keutamaan dengan meraih sokongan pengundi Melayu dan bukannya memujuk pengundi Cina menyokong Umno.

"Dulu nak undi cari Melayu, tapi lepas pilihan raya umum cari kapitan Cina... Sekarang warlord kita cari kapitan Cina.

"Memujuk pengundi Cina seperti menyiram air ke padang pasir. Cucur banyak mana pun, ia akan menyerap.

"Pengundi Cina tak akan bertambah. Umno mesti balik kepada bangsa sendiri. Mari kita kenal pasti pengundi Melayu bumiputera," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden dalam persidangan agung Umno di PWTC pagi ini.

Beliau juga menyeru pemimpin Umno supaya mendampingi semula rakan-rakan dan generasi muda supaya kembali semua ke pangkuan Umno dan mengenalpasti keperluan mereka.

"Mungkin mereka tidak berpuashati dengan cara perbelanjaan negara. Seperti pembinaan Jambatan Pulau Pinang kedua tidak menjadi isu, tetapi BR1M mereka ingat membazir," katanya  

Sehubungan itu, Mohd Radzi menggesa semua pihak untuk membantu Pemuda Umno dan Puteri supaya lebih kuat berusaha memenangi hati orang muda.

"Bangunlah Pemuda, bangunlah Pemuda. Kamu buat tak cukup seolah-olah tidak bermaya... Tolong, bantu ketua pemuda dan ketua puteri di peringkat bahagian, mereka perlu dibantu," katanya.

Lihat Komen
ADS