Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Majlis Peguam: PM, janji adalah komitmen
Diterbitkan:  Nov 28, 2014 12:58 PM
Dikemaskini: 6:40 AM

Majlis Peguam menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar meneruskan usaha memansuhkan Akta Hasutan walau ia perlu menempuh kesukaran.

“Satu janji adalah komitmen untuk melaksanakannya walau menempuh kesukaran, dan bukan hanya semasa senang.

“Majlis Peguam berasa terkejut kerana perdana menteri bukan hanya mengkhianati janji yang dibuat dua tahun lalu untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, tapi kini beliau juga mahu memperkukuhkannya lagi.

“Sangat tidak munasabah apabila rakyat Malaysia bukan sahaja dihalang daripada membincangkan dan membahas isu berkepentingan awam, tetapi juga akan dihukum kerana berbuat demikian.

“Ini sangat menindas dan menunjukkan kecenderungan kepada autotarianisme,” kata Leong dalam satu kenyataannya.

Beliau mengulas ucapan Najib di perhimpunan agung Umno semalam, yang mengumumkan bahawa Akta Hasutan tidak akan dimansuhkan.

Katanya, pandangan bahawa undang-undang kejam seperti itu boleh memupuk keamanan dan keharmonian nasional adalah hujah yang salah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS