Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penternak lembu di Gua Musang hilang sabar
Diterbitkan:  Nov 29, 2014 7:54 AM
Dikemaskini: Nov 29, 2014 12:04 AM

Kira-kira 400 penternak di daerah Gua Musang merasa bimbang dengan banyaknya kes mencuri lembu yang berlaku.

Mereka dilapor mengalami kerugian kira-kira RM1.75 juta apabila 700 ekor lembu mereka hilang dipercayai dicuri dalam tempoh empat tahun lepas.

Pengerusi Persatuan Penternak Ruminan Kelantan, Zulkifli Md Zain berkata dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini sahaja, sebanyak 150 ekor lembu hilang melibatkan kerugian kira-kira RM375,000.

Beliau berkata lembu berkenaan diternak di ladang sawit di Tanah Rancangan Felda, Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar dan Ladang Sungai Terah.

Katanya kebanyakan lembu yang dicuri disyaki dijual di luar Kelantan termasuk Kuala Lumpur.

Zulkifli yang melawat kawasan ternakan di Kampung Aring di Gua Musang bimbang 11,000 ekor lembu di ladang berkenaan akan mengalami nasib yang sama.

“Kita tidak boleh pagar kawasan ternakan ini kerana jika kita berbuat demikian, ia memudahkan lagi kegiatan mencuri berikutan ternakan terbabitberkumpul dalam satu tempat dan tidak bergerak bebas seperti biasa,” katanya.

Zulkifli berkata kebanyakan penternak semakin hilang sabar dengan keadaan yang berlaku.

Beliau berkata pencuri menggunakan tiga kaedah untuk menangkap lembu iaitu menggunakan tali bagi menangkap lembu yang jinak, menggunakan suntikan ubat pelali dan menembak bagi lembu liar.

- Bernama

Lihat Komen
ADS