Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kembalikan Kementerian Sumber Manusia pada Umno'
Diterbitkan:  Nov 29, 2014 10:28 AM
Dikemaskini: 3:09 AM

Wakil Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menggesa agar jawatan menteri sumber manusia dikembalikan kepada Umno.
 
Tegasnya, hanya dengan cara itu agenda ekonomi Melayu boleh diperkasa.
 
Menurutnya, ini kerana golongan bumiputera kini didiskriminasikan dalam sektor swasta.
 
"Mungkin sudah tiba masanya, jawatan menteri sumber manusia dikembalikan kepada wakil Umno dengan harapan agenda Melayu dapat diperjuangkan secara lebih jelas dan nyata di dalam sektor perjawatan ini," katanya.

Jawatan Menteri Sumber Manusia kini disandang Datuk Seri Richard Riot Jaem dari SUPP.
 
Jawatan itu diberi kepadanya sebagai usaha untuk meningkatkan kuota menteri dari Sabah dan Sarawak yang menyumbangkan undi yang tinggi kepada BN.
 
Bercakap lanjut, Shaiful turut mencadangkan agar Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan semula bagi membantu Melayu luar bandar yang kuat menyokong Umno.
 
"Saya tidak teragak-agak untuk menyarankan yang kita perlu menghidupkan semula DEB, dengan izin “Reincarnation of DEB’ Dengan wajah baru, pendekatan baru dan semangat yang baru. 
 
"Mungkin boleh saya namakan DEB yang baru ini sebagai DEB 2.0, yang pastinya jauh lebih bermakna kepada rakyat berbanding BERSIH 2.0," katanya.
 
Jelasnya, dasar DEB yang baru itu boleh menseimbangkan semula jumlah pemimpin tertinggi korporat yang kini dikuasai orang Cina.

 

Lihat Komen
ADS