Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pensyarah: Tafsiran Akta Hasutan perlu dikaji
Diterbitkan:  Nov 29, 2014 3:15 PM
Dikemaskini: 7:27 AM

Tafsiran Akta Hasutan 1948 perlu dikaji dan diperhaluskan lagi dengan mengambil kira pandangan semua anggota masyarakat, kata Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Zaini Othman.
 
Beliau berkata cara bagaimana ia boleh digunakan untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat perlu disebut dengan sebaik-baiknya.
 
"Cadangan pindaannya dengan memasukkan dua peruntukan khas bagi mengukuhkan lagi akta itu perlu diberi penjelasan jelas mengenai aktiviti dan perbuatan yang dianggap sebagai hasutan," katanya.
 
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa akta itu dikekalkan, malah akan dipertahan, diperkuat dan diperkukuhkan.
 
"Untuk menguatkuasakan akta ini, perlu difahami bagaimana situasi yang dikatakan menghasut. Adakah pandangan yang dilontarkan mengenai dasar negara, boleh dikatakan sebagai menghasut.
 
"Inilah yang perlu disemak kembali atau diperhaluskan," kata Zaini yang menyokong pengekalan akta tersebut.
 
Beliau berkata kenyataan untuk membawa Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia memang melanggar Akta Hasutan, tetapi sebaliknya jika terdapat suara untuk memperbaiki hubungan kedua-dua kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan, ia tidak boleh dianggap sebagai menghasut.
 
- Bernama

Lihat Komen
ADS