Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR: Mashitah hanya mahu timbul kebencian
Diterbitkan:  Nov 29, 2014 4:16 PM
Dikemaskini: 8:22 AM

PKR mendakwa wakil Wanita Umno, Datuk Mashitah Ibrahim hanya berhasrat untuk menimbulkan kebencian ke atas orang Cina dan bukannya untuk mencari kebenaran berhubung dakwaan pembakaran al-Quran di Kedah.

MP parti itu, Gooi Hsiao Leung berkata demikian dengan membangkitkan “reaksi bongkak” Mashitah apabila mengulas mengenai laporan polis DAP ke atasnya semalam.

Katanya, bekas timbalan menteri itu malah mencabar DAP untuk mengemukakan saman atas dakwaan bahawa orang Cina membakar naskhah al-Quran.

Sedangkan, Mashitah sudahpun diberitahu bahawa Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir telah menjelaskan bahawa tiada naskhah al-Quran dibakar.

“Ini menunjukkan bahawa beliau tidak berminat untuk mencari kebenaran. Jelas sekali daripada kenyataannya bahawa dia tidak peduli jika orang Cina tidak membakar al-Quran,” kata MP Alor Setar itu lagi.

Tambahnya, Mashitah hanya berminat untuk “mempengaruhi orang Melayu supaya bangkit dan mempertahankan Islam dan orang Melayu dari tindakan seperti itu”.

Gooi berkata, Mashitah pasti sudah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut sekiranya dakwaan yang dibangkitkan di Perhimpunan Agung Umno itu benar-benar berlaku.

"Jelas sekali, Mashitah Ibrahim (ketua Wanita Umno Baling) perlu memohon maaf ke atas masyarakat Cina di Kedah kerana menyebar penipuan... bahawa masyarakat Cina membakar al-Quran di Kedah,” kata MP PKR itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS