Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khairy: Peremajaan Umno bukan rampasan kuasa
Diterbitkan:  Nov 29, 2014 4:23 PM
Dikemaskini: 12:52 PM

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa langkah peremajaan Umno bukannya satu rampasan kuasa.

 

Beliau bimbang usaha peremajaan Umno itu akan merosakkan parti jika wujudnya kefahaman yang berbeza mengenainya.
 
Katanya, ada ketua bahagian yang ingat bahawa peremajaan parti bermaksud mereka akan dicabar oleh ketua Pemuda.
 
Kalau persepsi itu tidak diperbetulkan sekarang, katanya, beliau risau peremajaan itu tidak berjaya tetapi tunggak kekuatan Umno akan terjejas.
 
Dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno petang ini, Khairy berkata, selaku ketua Pemuda, beliau agak khuatir ke mana isu keremajaan akan dibawa.
 
Beliau risau jika wujud salah faham, maka dari satu cadangan untuk memperkukuhkan parti itu, ia boleh menjadi api dalam sekam dan satu bom jangka yang akan meletup.

"Peremajaan itu bukan sahaja dari segi umur, tetapi juga dari segi menyeluruh.

"Orang lama yang berjaya merakam imaginasi orang muda juga boleh meremajakan diri mereka," kata Khairy.

Khairy menegaskan bahawa peremajaan bukan bermaksud 'mahu lawan tauke di peringkat  bahagian' tteapi ialah gandingan antara orang muda dan orang lama.
 
"Kalau kita faham inilah maksud peremajaan  kita, maka peremajaan ini akan menguatkan  kita dan bukan melemahkan kita," katanya sambil menegaskan perlunya ahli Umno berpegang kepada solidariti dalam parti.
 

Lihat Komen
ADS