Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jaminan terhadap 157 ahli unit rondaan sukarela Pulau Pinang (PPS) tidak dilanjutkan hari ini, tetapi mereka tidak pasti sama ada mereka benar-benar telah dibebaskan.
 
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, ahli PPS itu telah dibebaskan tanpa jaminan mereka dilanjutkan.
 
Beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana tidak pasti sama ada mereka benar-benar telah dibebaskan.
 
"Saya akan mengulas mengenainya esok," katanya.
 
Sebelum ini, kumpulan tersebut, termasuk Exco Pulau Pinang Phee Boon Poh, Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik dan ADUN Seri Delima RSN Rayer ADUN, ditangkap di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 selepas menyertai perarakan hari Merdeka.
 
Ng dan kira-kira 20 ahli PPS itu hadir di Ibu Pejabat Polis Timur Laut di Jalan Pattani keran jaminan mereka yang telah dua kali dilanjutkan sebelum ini, telah tamat hari ini.
 
Ng berkata, mereka belum "bebas" kerana kertas siasatan mengenai kes tersebut masih dengan Jabatan Peguam Negara, dan menunggu keputusan sama ada akan didakwa atau tidak.
 
Sebelum itu, Pendaftar Pertubuhan dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengisytiharkan organisasi itu sebagai "haram".
 
Bulan lalu, Kementerian Dalam Negeri mengulangi bahawa PPS adalah haram, sambil menambah bahawa perisytiharan pada 3 November itu dikeluarkan mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966, yang memperuntukkan menteri kuasa untuk mengisytiharkan sesebuah organisasi sebagai haram.
 
 
 

Lihat Komen
ADS