Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) meningkat baik sedikit tahun ini, umum Transparency International-Malaysia hari ini.

Menurut tinjauan tahunannya, Malaysia mendapat 52/100 mata dan diletakkan di kedudukan 50 tahun ini.

Tahun lalu negara ini diletakkan di kedudukan 50/100 mata dengan kedudukan 53 daripada 177 negara.

Presiden TI-M Akhbar Satar, yang mengumumkan keputusan itu, berkata peningkatan berterusan sejak 2011 disebabkan pengenalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 2009.

Kedudukan terburuk Malaysia pada 2011 di kedudukan 60 daripada 183, tetapi menunjukkan peningkatan pada tahun selepas itu.

Pemandu mensasarkan untuk meletakkan Malaysia pada tangga 30 pada 2020.

Skor indeks itu dikira berdasarkan prestasi sesebuah negara dalam tempoh dua tahun yang lalu, Akhbar menyatakan ia berdasarkan kepada beberapa penyelidikan yang lain.

Di kalangan lapan kajian yang digunakan untuk menentukan skor bagi tahun ini, Akhbar bagaimanapun berkata Malaysia menunjukkan prestasi buruk dalam Political Risk Services International Country Risk Guide 2014, yang mana ia mengurangkan kutipan skor itu.

"Mungkin kita terlalu banyak berpolitik. Jadi kita gagal di sini, kita hanya mendapat 41 peratus. Jika kita lihat daripada bahagian ini, maka ada kemungkinan kita boleh memperbaikinya," katanya.

Diminta menjelaskan perkara itu, Akhbar berkata kestabilan politik yang baik boleh menyumbang kepada turun indeks itu.

[ Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS