Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim hari ini menyindir Umno yang didakwanya mengamalkan perkauman.

Membandingkan parti Melayu itu dengan nyamuk Aedes, wakil rakyat DAP itu berkata, serangga itu “mempunyai semangat lebih bagus” berbanding Umno kerana menggigit mangsa tanpa mengira kaum.

"Nyamuk Aedes ini hebat. Sebab ia lebih baik daripada Umno. Dia tak ada unsur perkauman. India dia gigit, Melayu dia gigit, Cina dia gigit. Kerajaan dia gigit, pembangkang pun dia gigit. Semua dia gigit.

"Dia melampaui batas perkauman. Sebab itu saya kata semangat nyamuk ini bagus cuma dia gigit orang itu yang tak bagus. Boleh mati," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencadangkan pindaan usul supaya kerajaan negeri mengambil tindakan drastik bagi membanteras penyakit denggi di dewan DUN Selangor hari ini.

Lihat Komen
ADS