Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur berkata keputusan Suruhanjaya Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah membuktikan kerajaan telus.

Ia sekali gus membuktikan tiada pemberian kerakyatan secara sewenang-wenangnya kepada warga asing di Sabah, katanya,

"Kita sudah dedahkan dan kita tidak simpan apa-apapun. Itu pasal kita dedahkan semua.

"Mana ada yang menyatakan kita ambil, beri kerakyatan sesuka hati.

"Tak ada. Itulah saya minta (rakyat) faham dan jangan politikkan," katanya dalam sidang media bagi mengulas laporan RCI yang diumumkan semalam.

Semalam, laporan akhir RCI di Sabah itu membuat kesimpulan, antara lain, bahawa "Projek IC" yang begitu banyak diperkatakan, mungkin wujud di negeri itu.

Siasatan turut mengesahkan bahawa projek itu didakwa digunakan oleh kakitangan awam untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin, menyebabkan lonjakan penduduk di negeri ini.

Satu syor dalam laporan itu iaitu penubuhan satu sekretariat kekal untuk mengatasi masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah dan satu jawatankuasa pengurusan ditubuhkan dengan kuasa yang luas bagi menyokong sekretariat kekal itu.

Tengku Adnan sebelum itu mengadakan lawatan turun padang ke projek River of Life di empat lokasi dekat Bangkok Bank, Jambatan Lebuh Pasar Besar, Masjid Jamek dan tapak pembinaan Count Down Clock.

Lihat Komen
ADS