Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata tindakan seterusnya ke atas isu lebihan bayaran pampasan kepada bekas kakitangan Tan Sri Khalid Ibrahim akan ditentukan oleh Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

"Langkah seterusnya itu kita serahkan kepada Selcat untuk membuat keputusan," kata Azmin sewaktu ditanya wartawan tentang perkara itu hari ini.

Laporan audit ke atas bayaran pampasan berjumlah RM2.6 juta kepada bekas kakitangan Tan Sri Khalid Ibrahim itu dibentangkan di DUN semalam.

Ia antara lainnya mendapati wujud kesalahan dari segi tatacara dan prosedur bagi pembayaran pampasan tersebut.

Laporan juga menyebut, berlaku lebihan pembayaran kepada dua bekas kakitangan Khalid iaitu bekas ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin dan bekas setiausaha politik menteri besar, Mustapha Mohd Talib.

Peguam yang mewakili Khalid dalam penjelasan sebelum ini berkata bayaran pampasan kepada kakitangan yang berhenti adalah satu perkara biasa.

Lihat Komen
ADS