Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Profesor kejuruteraan, Rosalam Sarbatly, 45, ketawa kecil apabila ditanya tentang rumusan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bahawa pemberian kad pengenalan secara besar-besaran di Sabah didorong oleh wang dan bukan politik.

"Ia benar yang ia kemudiannya didorong oleh wang, tapi asalnya ia bermotifkan politik," kata Rasalam selepas berjaya menahan ketawanya.

Belau ditemui di sebuah restoran di pinggir Kota Kinabalu kelmarin.

Walaupun berhati-hati dengan setiap tutur katanya, ahli akademik di sebuah universiti tempatan ini percaya "kekalutan politik di Sabah membuka ruang kepada pihak lain untuk membantu" dalam bentuk skim undi-untuk-kewarganegaraan.

"RCI ini untuk memenuhi keperluan sesetengah pihak tapi ia tidak membawa sebarang makna kepada saya.

"Ia untuk diketahui oleh orang awam, tetapi laporan itu tidak mengikat daripada segi undang-undang.

"Langkah seterusnya adalah mengheret orang ke mahkamah (kerana memberikan kad pengenalan) tetapi adakah mereka (kerajaan) mahu berbuat demikian?" soal beliau kepada wartawan Malaysiakini .

Sementara itu di satu lokasi lain di Kota Kinabalu, Puan Wong berkata beliau puas ketawa apabila membaca akhbar sehari selepas laporan itu diterbitkan.

"Bagaimana mereka mahu kami percaya? Semua orang tahu kebenarannya!" kata usahawan mesin detoksifikasi berusia 50 tahun itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS