Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai Hari Keluarga Pejabat Perdana Menteri yang diadakan di Laman Sari, Seri Perdana di Putrajaya.

Najib turut menyertai acara senaman zumba bersama kira-kira 350 kakitangan Pejabat Perdana Menteri serta anggota keluarga masing-masing.

Perdana Menteri kemudian melakukan tiga balingan buah kelapa dalam acara boling padang sebagai simbolik perasmian Hari Keluarga tersebut.

Turut hadir Presiden PMO Club Datuk Mohd Poad Jelani dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.

Hari Keluarga itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik dan acara sukaneka.

- Bernama

Lihat Komen
ADS