Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zahid: Persatuan silat benteng ke-3 pertahanan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus menjalin kerjasama baik dengan semua persatuan silat selagi persatuan itu berpegang kepada akidah yang betul, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr

Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pihaknya menerusi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) juga akan memantau bagi memastikan persatuan silat yang berdaftar tidak menyeleweng daripada maksud asal pertubuhan.

"Persatuan silat adalah benteng ketiga pertahanan negara dan semua persatuan silat perlu bersatu hati meskipun perjuangan mereka di pentas yang berbeza," katanya berucap pada majlis perasmian Road to MySilat@Putrajaya Silat Cekak Hanafi di Putrajaya malam tadi.

Beliau berkata semua ahli persatuan juga perlu bersatu hati dengan pemikiran yang sama demi kejayaan bangsa, agama dan negara.

Road to MySilat@Putrajaya adalah satu kempen untuk mempromosi dan menyemarakkan seni pertahanan diri itu ke tahap yang lebih tinggi.

Program itu telah dijalankan di seluruh negara sejak awal tahun ini.

Putrajaya merupakan destinasi terakhir.

- Bernama

Lihat Komen
ADS